Taklimat Klik Dengan Bijak di SMK Kampung Nangka, Sibu

30 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Oktober 2019, Selasa, Pusat Internet Kg. Bandong telah menganjurkan Taklimat Klik Dengan Bijak yang bertempat di dewan sekolah tersebut. Program ini berlangsung pada pukul 8:00 pagi sehingga 10:00 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya penggunaan internet secara positif dan melahirkan semangat kerjasama antara peserta program melalui sesi soal jawab advokasi.

Beberapa staf dari Pusat Internet yang terdekat seperti Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang dan Pusat Internet Rantau Panjang juga turut serta dalam menjayakan program ini. Seramai 151 orang pelajar tingkatan 3 dan 4 orang guru terlibat sama dalam program ini. Program yang dijalankan selama 2 jam ini merangkumi aktiviti seperti Pengenalan kepada Pusat Internet dan Advokasi, Oversharing, maklumat palsu, buli siber dan keselamatan komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali